Pengenalan Autocad


Autocad 2006
AutoCAD merupakan sebuah perisian yang biasa digunakan untuk tujuan am dalam merekabentuk serta melakar dengan berbantukan komputer dalam pembentukan model serta lakaran dua dan tiga dimensi atau lebih dikenali sebagai “Computer-aided drafting and design program” (CAD). Perisian ini boleh digunakan dalam semua bidang kerja terutama sekali dalam bidang-bidang yang memerlukan kepakaran seperti bidang kejuruteraan Mekanikal, Awam, Senibina, Rekabentuk Grafik, dan semua bidang yang berkaitan dengan penggunaan CAD.
Sistem perisian lukisan terbantu komputer ini akan membekalkan kemudahan dalam penghasilan model yang tepat untuk memenuhi keperluan piawaian di samping segala informasi di dalam lakaran boleh digunakan dalam bentuk laporan, Penilaian Baham (BOM), kaedah kawalan dan numerical dan sebagainya. Dengan bantuan sistem ini dapat menghasilkan sesuatu kerja pada tahap kecekapan dan yang tinggi ketepatan di samping menjimatkan masa dengan hanya perlu memberi beberapa arahan yang mudah.
Lukisan yang dibentuk melalui perisian ini boleh dipindahbentuk untuk kegunaan perisian grafik yang lain melalui beberapa format seperti DXF ( Data Exchanged File), IGES, dan SLD. Tambahan pula berbantukan perisian ini juga, berkemampuan untuk membentuk dan menganalisa model pepejal dalam kerja-kerja rekabentuk kejuruteraan. Untuk memenuhi keperluan yang lebih canggih, perisian ini mampu membawa pengguna mengautomasikan kerja-kerja penggunaan pengaturcaraan sokongan seperti LISP, dan ADS untuk membentuk arahan tambahan tersendiri.
Sebelum sesuatu kerja dilakukan, asas mengetahui sesuatu sistem perkomputeran beroperasi adalah penting bagi memudahkan segala kerja yang dilakukan supaya tidak timbul sebarang masalah sama ada sebelum atau selepas penggunaan sistem tersebut.Oleh itu, perkara asas yang perlu diketahui sebelum pengendalian sesuatu komputer adalah seperti pengetahuan dalam penggunaan sistem operasi (operating system), penggunaan “hardware” dan “software”.



Bagi yang ingin mempelajari AutoCAD, pengetahuan anda dalam Lukisan Tenikal adalah sangat membantu.

Skrin AutoCAD

Ruang melukis yang dipaparkan hitam adalah bersaiz 12 x 9 (inci) disediakan secara 'default' oleh AutoCAD melalui template acad.dwt.

Kita akan menggunakan template bersaiz A3 (420mm x 297mm) iaitu acadiso.dwt
Mari kita mulakan, dengan menggunakan tetikus pada menu windows anda klik:

File --> New -->Template -->acadiso.dwt
Zoom-->All --> Zoom --> .8X

Pertama, biar saya terang turutan di atas supaya anda memahami aliran pemilihan arahan dan objek. File --> New : ini adalah urutan biasa kepada mana-mana perisian yang berasaskan windows seperti MS Office. Template: satu kekotak dialog akan dipaparkan untuk anda memilih pencontoh. Acadiso.dwt adalah pencontoh berukuran A3 metrik yang mempunyai batas (limits) 420mm x 297mm. Zoom -->All : pemaparan yang mengikut Limits. Zoom ---> .8x : Pemaparan 80% daripada pemaparan yang sebelumnya.

Bagi Zoom ada hanya mengetik satu huruf Z dan diiukuti dengan kekunci spacebar bagi menggantikan kekunci Enter. Urutan di atas dimudahkan lagi seperti berikut: Z A
.8x (sp) dimana

adalah kekunci spacebar. Selepas "a" anda tidak perlu panggil Zoom lagi, cukup dengan mengetik , AutoCAD mengingat arahan terakhir diberikan iaitu Zoom.

Cuba fahami urutan di bawah:

100,50 @100<0> @70<90> @100<180> c

Urutan di atas akan membentuk satu segiempat tepatyang bermula dari kodinat 100,50 dan berukuran 100 panjang dan 70 lebar. Cuba kita fahami erti @100<0.>

Segiempat tepat di atas boleh dibina dengan menggunakan kodinat mutlak (absolute coordinates) : L 100,50 200,50 200,120 50,120 c

Anda boleh juga melihat kepada video you tube yang terdapat pada link di bawah untuk mendapat lebih kefahaman tentang autocad.

Autocad 101



Comments